Menu 1 : Ikan goreng Masak secukup rasa, seindah kasih mesra
Bahan-bahan:
Ikan yg telah siap digoreng
Bahan A (dihiris setiap satu) :
bawang merah n bawang putih keduanya dalam kiraan ganjil
halia sebesar ibu jari
bawang besar 1 labu
lada hidup - bilangan ikut suka sebagai penyeri kuah 1 biji, kaki pedas amik 5 biji or tukar cili padi terus!
Bahan B
Air Asam - agak paras air supaya tenggelam ikan dalam periuk yg diguna
lain2 yg perlu:
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis Bahan A
Cara-cara:
Lepas dah tumis segala Bahan A sehingga naik bau..
maka masukkan Air asam itu..
tunggu sampai mendidih
last sekali..
ikan di laut, ayam di darat.. dalam periuk mesti muafakat!
masukkan ikan goreng td dengan sedikit garam secukup rasa
wohaa!
nota periuk: owh hidangan ala2 zuhud ini bley jd hidangan utk kalian yg demam, or orang yg dah bosan makan makanan ala carte di hotel wohaa
tapi tidak sesuai utk hidangan di kala mertua bertandang di rumah yer.. hehehe